Tuesday 24 November 2015

Task 2 : Biografi Usahawan Berjaya Pilihan (Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary)



Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary





Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary dilahirkan pada tahun 1952 di Alor Setar, Kedah, Malaysia. Bapanya bernama Syed Nor Al-Bukhary dan ibunya bernama Sharifah Rokiah Syed Mohamed Rahmat yang berasal daripada Hadhramaut, Yemen. Bapanya  mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga dan seterusnya bapanya ke Thailand. Ketika Syed Mokhtar 9 tahun, beliau dijaga oleh bapa saudaranya di Johor Bahru dan kemudian kembali ke Kedah dan bersekolah di Sekolah Saint Michael’s. Beliau mempunyai tujuh orang adik-beradik dan merupakan anak ke tiga. Beliau hidup dalam serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Hutan Keriang tidak mempunyai meja, katil mahupun kerusi. Hal ini menyebabkan beliau susah untuk menelaah. Sejak kecil juga beliau di didik oleh ibunya supaya menderma kepada orang miskin.


Beliau bermula berniaga kecil-kecilan iaitu membantu ibunya menanam sayur-sayuran dan menjual roti canai serta membantu bapanya menternak lembu dan kerbau. Ketika berusia 19 tahun beliau mengambil peperiksaan SPM ( Sijil Pelajaran Malaysia). Selepas mengambil SPM beliau menjual daging dan pada 1972 beliau mendapat permit empat buah lori Kelas A dan meminjam RM10,000 daripada Mara untuk membeli Mercedes 911LS. Beliau mula membuka syarikat pengangkutan “Syarikat Pengangkutan Sentosa”. Syed Mokhtar membeli rumah kedai yang pertama di Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan Perbadanan Kemajuan Bandar (UDA) pada 1974. Manakala pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara (LPN).

Salah satu ciri yang perlu ada dalam diri seseorang usahawan ialah perlu taat. Taat merupakan patut kepada sesuatu yang dikerjakan. Di mana ciri ini penting dalam menjadikan seseorang usahawan itu berintegriti. Sebagai contoh yang dapat dilihat daripada sikap Tan Sri Syed Mokhtar bin Al-Bukhary. Beliau merupakan seorang ahli perniagaan dan sekali gus jutawan Melayu yang terkaya. Memang tidak dapat dinafikan bahawa beliau seorang yang taat dan di ambil menjadi contoh oleh usahawan-usahawan lain melalui sikap yang ditunjukkan, seorang usahawan perlulah mendapat kepercayaan dari pihak lain. Sebagai contoh Tan Sri Syed Mokhtar  berjaya mendapatkan lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara (BERNAS). Beliau turut menjadi pemegang saham sebanyak 52%  dalam usaha sama antara NG Ghaik dan Chua Chong Tan untuk membekalkan beras. Sikap taat menyebabkan beliau dipercayai oleh orang lain sehingga beliau mampu membuka syarikat sendiri Bukhary Sdn. Bhd. Memang tidak dapat dinafikan bahawa sikap yang ada pada diri beliau membuatkan beliau dihormati dan disanjung oleh rakan niaganya. Beliau bukan sahaja menceburi pelbagai jenis perniagaan malahan berjaya menguruskan perniagaannya dengan sistematik.


Selain itu, sikap yang perlu ada dalam diri seseorang usahawan ialah berwawasan. Berwawasan ialah sikap yang ditonjolkan melalui pemikiran jauh ke hadapan. Ciri ini penting dan perlu ada dalam diri seseorang usahawan untuk mencapai matlamat, misi dan visi. Sebagai seseorang yang berwawasan yang dipamerkan oleh Tan Sri Syed Mokhtar tidak berhenti begitu sahaja tetapi sebaliknya terus berusaha untuk memajukan lagi perniagaan beliau yang telah ada. Beliau turut menubuhkan Muzium Kesenian Islam, Yayasan Al-Bukhary, Universiti Antarabangsa Al- Bukhary dan juga kompleks Al-Bukhary. Sikap berwawasan beliau perlu di ambil sebagai contoh untuk memperluaskan lagi empayar beliau. Beliau juga melihat ke arah masa depan dengan mempunyai kepentingan di syarikat-syarikat gergasi di Malaysia seperti MMC Corporation Berhad, Pelabuhan Tanjung Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-Hicom, Bank Muamalat, PERNAS, Malakoff Berhad dan banyak lagi.


Antara salah satu ciri usahawan yang terdapat dalam diri Tan Sri Syed Mokhtar ialah sikap proaktif dalam sesuatu tindakan. Usahawan yang berjaya perlu bijak membuat peluang, membuat peluang dan bersikap pandang ke hadapan mendahului orang lain. Sebagai contoh, Tan Sri Syed Mokhtar telah membina Kompleks Perniagaan (SOUQ) al-Bukhary yang bernilai RM400 juta. Kompleks itu diberi nama sebagai Pusat Kecermelangan Sharifah Rokiah. Selain itu, beliau membangunkan muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur. Beliau juga dikenali dengan melakukan kebajikan dengan membina pusat-pusat penjagaan dan penyelidikan. Penghasilkan produk yang bersifat umum dan sesuai untuk masyarakat berbilang kaum terutama sekali di Malaysia yang penduduknya terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan kepercayaan. Oleh itu, usahawan yang mempraktikkan sifat ini mampu menarik pelanggan yang ramai seterusnya dapat menjana keuntungan kepada syarikat ekoran daripada penjualan produk yang bersesuaian untuk para pelanggan.


Selain itu, antara ciri-ciri keusahawanan yang terdapat dalam diri Tan Sri Syed Mokhtar ialah sikap tidak berputus asa. Dalam ciri ini, Tan Sri Syed Mokhtar menggunakan kegagalan dalam hidup atau kesusahan yang dihadapi sebagai pemangkin atau semangat dan motivasi untuk terus maju dan berjaya dalam kehidupan. Beliau bersama dengan bapanya menjalankan perniagaan menternak lembu dan mengimport lembu dari Thailand, Langkawi dan Perlis untuk dijual di pasaran tempatan. kegembiraan dan kekayaan keluarga tersebut hanyalah sementara.  Pada tahun 1970, wabak penyakit kaki dan mulut telah merosakkan keseluruhan perniagaan lembu mereka. Berikutan daripada kejadian tersebut, bapa beliau telah mengambil keputusan untuk tidak lagi menceburi bidang perniagaan itu. Keadaan ini menyebabkan Syed Mokhtar berdepan dengan masa depan yang tidak menentu.



Dengan sikap yang suka mengambil risiko dalam kehidupan beliau, Tan Sri Syed Mokhtar telah membeli rumah kedai yang pertama beliau dengan perjanjian sewa beli dengan Perbadanan Kemajuan Bandar (UDA) pada tahun 1974. Bukan itu sahaja, beliau mengembangkan lagi perniagaan beliau dengan menubuhkan Syarikat Shah iaitu sebagai pembekal beras kepada pihak seperti FELDA, MARA dan Sergam. Hal ini jelas menunjukkan sifat mengambil risiko dalam perniagaan oleh Tan Sri Syed Mokhtar mendatangkan hasil dan kejayaan yang berbaloi dalam kehidupannya.





Task 1 : Ciri-ciri Keusahawanan (9. Proaktif)



9. Proaktif
 




 Dato’ Haji Ramly Bin Mokni


Latar belakang

Ramly Mokni bermula sebagai pemotong daging di sebuah pasar raya di ibu kota pada awal 1970an di mana kebanyakan makanan sejuk beku yang tidak pasti jaminan kualiti halalnya, telah mencetus idea beliau untuk menghasilkan daging burger dan sosej yang ditangung halal untuk dimakan oleh umat islam di Negara ini. Sifat beliau jelas menunjukkan beliau adalah seorang yang proaktif, berdaya kreatif dan inovatif serta berpandangan jauh.

 Selain itu, beliau tidak pernah berputus asas walaupun usahanya pernah diperlekeh oleh masyarakat dan juga pihak bank yang telah menolak permohonan pinjamannya. Namun dengan simpanan sendiri dan juga bantuan pinjaman yang diberikan oleh bank pembangunan dan Malaysia Berhad telah membantu beliau mengorak langkah untuk memajukan perniagaannya (Siti Airunnisa, 2015). Sekaligus telah membuktikan peranan agensi kerajaan adalah amat penting.

Hasil dari titik peluhnya Dato’ Haji Ramly Bin Mokni iaitu pengasas produk Ramly Burger telah memperkukuhkan legasi perniagaannya lebih 30 tahun. Bermula dengan pengeluaran secara manual dan kecil-kecilan, beliau kini telah berjaya mengembangkan perniagaan ini ke tahap komersial. Syarikat beliau telah berkembang dan membesar kepada syarikat induk Ramly Mokni Holding Berhad dan anak-anak syarikat iaitu Ramly Mokni Bakeri Sdn. Bhd, Pemasaran Ramly Mokni Sdn. Bhd, Ramly Supermart Sdn. Bhd dan Ramly Food Processing sdn Bhd. Syarikat beliau telah diberikan pengiktirafan sebanyak tiga kali oleh Bank Pembangunan atas kecemerlangan prestasi iaitu Anugerah Projek Terbaik 1982, Anugerah Pelanggan Pembangunan 1984 dan Anugerah Usahawan Jaya 1992.

Burger Ramly merupakan produk bumiputera yang telah menjadi salah satu makanan segera yang popular di Malaysia. Kemudian, Burger Ramly telah menular ke singapura dan menjadi makanan segera yang popular dikalangan penduduk Singapura. Ramly Food Processing adalah industri bumiputera yang terkenal dalam industry pembuatan produk makanan berasaskan daging lembu, ayam dan hasil laut berjenama Ramly, burger, nugget, frankfurter dan drummet adalah diantara produk yang paling disukai oleh pelanggan. Hasil kegigihan beliau, beliau telah beberapa kali dianugerahkan sebagai usahawan terbaik.



Contoh 1 : Bertindak secara proaktif dan berfikiran positif

Sikap proaktif dan berfikiran positif telah menjadikan Dato’ Ramly berani membuat keputusan. Beliau telah berjaya membuktikan bahawa sesiapa sahaja boleh berjaya walaupun dirinya tiada ijazah atau dari golongan keluarga ahli perniagaan. Di samping itu beliau sentiasa memegang kepada prinsip kejujuran, menitik beratkan mutu barangan yang dihasilkan, keutamaan dan pandangan pelanggan terhadap produknya. Ini jelas memperlihatkan bahawa corak pengurusan beliau yang sangat cekap dan proaktif dalam menangani sebarang masalah yang timbul.
             
Pada tahun 2008, Ramly Food Processing Sdn Bhd membuat pelaburan menjangkau RM 15 juta bagi pembesaran Kilang di Taman Perindustrian IKS, Batu Caves, Kuala Lumpur. Pembesaran kilang ini dan pengunaan teknologi yang lebih baik juga dapat meningkatkan hasil pengeluaran sehingga 3 kali ganda. Pelaburan modal ini adalah strategi yang bijak dalam meningkatkan produktiviti Ramly. Keyakinan dan kesungguhan Ramly telah memberi kejayaan yang baik kerana beliau telah berjaya mengeluarkan 300 keping daging burger sehari kepada 30 tan daging burger sehari. Hasil jualan beliau terus meningkat sebanyak 42 juta ringgit setahun.

Manakala pada taun 2015, Ramly Burger menempa sejarah pada majlis menandatangani perjanjian pembiayaan antara Ramly Industries dengn Agro Bank dan Bank Pembangunan Malaysia Berhad di Kuala Lumpur. Ramly Burger akan melaburkan sebanyak 1 billion ringgit bagi membina kilang yang dilengkapi mesin automatic sepenuhnya di taman Perindustrian Halal Hab, Pulau Indah Klang Selangor (Farhana, 2015).



Contoh 2 : Bertindak secara proaktif dalam mencipta produk

Dalam meningkatkan mutu penghasilan produk Ramly, beliau telah menubuhkan Makmal Mikrobiologi yang bertujuan untuk mengawal kualiti produk. Tujuan penubuhan makmal ini adalah untuk memastikan produk yang dihasilkan adalah suci dan selamat untuk dimakan. Selain itu, makmal ini berfungsi sebagai satu tempat penyelidikan dan pembangunan produk. Makmal Mikrobiologi Ramly juga lengkap dengan peralatan yang berteknologi tinggi.

Kajian penyelidikan dan pembangunan produk dijalankan oleh Ramly adalah bertujuan untuk menjamin mutu kesegaran, kelazatan dan kualiti produknya. Cara pembungkusan yang menarik juga dikaji dalam memastikan produk kelihatan menarik dan boleh dinikmati. Pengimplementasi kepakaran teknologi oleh Ramly adalah untuk memastikan pengeluaran daging dan hasil laut dapat memenuhi citarasa pengguna dan pengemar Ramly (Farhana, 2015).



Contoh 3 : Bertindak secara proaktif dalam pemasaran produk

Sikap proaktif yang ditonjolkan oleh Dato’ Haji Ramly telah membuahkan hasil kerana lebih 120 orang pemborong berdaftar telah mendaftar sebagai anak syarikat bagi mengedarkan produk-produk Ramly. Kesemua pemborong berdaftar ini dibawah pemasaran Ramly Mokni Sendirian Berhad. Syarikat pemasaran ini beribu pejabat di Desa Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur. Penubuhan syarikat ini bertujuan untuk menawarkan perkhidmatan jualan kepada pelanggan. Strategi yang dirancang ini juga untuk memastikan pengedaran dan penghantaran produk terjamin mutu kualiti dan kesegarannya (Siti Airunnisa, 2015).


            Sebuah anak syarikat Ramly ditubuhkan dalam memastikan produknya mudah didapati dipasaran telah ditubuhkan di Lorong Raja Bot di Kuala Lumpur. Anak syarikat ini dikenali sebagai Ramly Supermarket Sendirian Berhad yang beroperasi selama 24 jam. Pembukaan anak syarikat ini bagi memastikan khidmat borong dan runcit boleh dilaksanankan diantara Ramly dengan penjaja dan orang awam.

Task 1 : Ciri-ciri Keusahawanan (8. Berorintasikan Pasukan)



8. Berorintasikan Pasukan

            Usahawan berorintasikan pasukan bermaksud usahawan tersebut menghargai nilai pandangan ahli pasukannya dalam menyuarakan pendapat dan idea baru serta menyelesaikan sesuatu masalah dengan cara yang kreatif. (Eigen,D, 2015)


Latar Belakang
            Larry Page dan Sergey Brin merupakan pengasas kepada Google.com iaitu enjin pencarian di laman sesawang. Mereka berdua menghasilakan enjin pencarian tersebut setelah mendapati penggunaanya yang popular. Penghasilan ini juga berdasarkan daripada projek Stanford University di mana mereka dua belajar.



 Larry Page   
                                                             




                                                             Sergey Brin









Kejayaan mereka berdua selepas menaikkan $ 1 juta daripada keluarga, rakan-rakan dan pelabur-pelabur lain, mereka berdua melancarkan syarikat tersebut pada tahun 1998. Menurut laporan, Google telah menjadi enjin carian yang paling popular di dunia, menerima purata sebanyak 5.9 bilion carian sehari pada tahun 2013. Beribu pejabat di tengah-tengah Silikon California Valley, Google membuka tawaran awam permulaannya pada bulan Ogos 2004, hal ini menjadikan Page dan Brin jutawan.

Menurut majalah Forbes, pada suku ke-empat 2015 mereka akan mewujudkan sebuah syarikat induk baru yang dikenali sebagai Alphabet. Matlamat mereka: "Mendapatkan perkara yang lebih bercita-cita tinggi." Google, di mana YouTube akan kekal menjadi sebahagian multi-company yang akan wujud di bawah payung Alphabet itu, termasuk juga Calico, yang tertumpu kepada jangka hayatnya, Nest sebagai sebuah firma smart-home-thermostat; Google Ventures; dan Google X. Page tersebut akan beralih ke dalam peranan Ketua Pegawai Eksekutif di Alphabet dan Brin akan berkhidmat sebagai presiden.

Pembentukan Alphabet adalah satu percubaan untuk mewujudkan satu struktur korporat rasmi untuk beberapa projek bercita-cita tinggi. Dua lelaki telah menangani dalam Google. Kumpulan Google X, sebagai contoh, yang dihasilkan computer-on-your-lenses Google Glass. Saham Google mencatatkan tertinggi pada bulan Julai, didorongi oleh ceramah mengenai disiplin kewangan oleh CFO baru Ruth Porat dan keputusan yang kukuh daripada YouTube.



Contoh 1 : Google menerapkan semangat berpasukan

Visi pengasas syarikat Google ini dikongsikan kepada pekerja-pekerja google untuk dirialisasikan. Terdapat beberapa perkara yang mereka telah lakukan sebagai sepasukan iaitu pelaburan dan meraikan kejayaan pasukan.

Melalui pelaburan, pasukan Google telah berjaya melancarkan Google for Work and Education Partner Program, direka untuk membantu rakan kongsi menghasilkan kemudahan Google for Work and Education sesuai dengan platform dan produk. Pasukan ini juga telah berkongsi segala maklumat kepada rakan kongsi berkenaan rancangan akan datang. Mereka juga berkongsi maklumat tentang Android for Work.

Seterusnya juga pasukan ini diraikan di atas kejayaan dan kerjasama pasukan mereka. Pasukan dalaman dalam perniagaan kecil, atau rangkaian yang berorentasikan pasukan tidak selalunya disubjetkan menjalankan penyelidikan. Kaedah kerja yang berorientasikan pasukan, disokong oleh satu proses yang dinamik, membangunkan perniagaan dan membantu untuk memperbaharui masyarakat.

            Berdasarkan cara usahawan yang digunakan, kita dapat lihat bahawa kerja berpasukan boleh juga menghasilkan pelbagai idea inovasi dan kreativiti yang baru. Namun begitu, jika terlalu ramai kumpulan mengemukakan idea, maka akan timbul kesukaran untuk menetapkan sesuatu idea atau produk untuk dihasilakan. Hal ini kerana untuk menunjukan kesepakatan idea memerukan masa yang panjang.


Monday 23 November 2015

Task 1 : Ciri-ciri Keusahawanan (7. Berorientasikan Hasil)


7. Berorientasikan Hasil

 

Steve Jobs


Latar belakang

Pada abad ke-21 kini, Malaysia amat memerlukan usahawan yang dapat bertindak sebagai inovator. Inovator boleh didefinisikan sebagai semangat mencipta serta mengilhamkan konsep dan idea yang baru. Sifat inovator yang terdapat pada diri usahawan memperlihatkan bahawa mereka adalah seorang yang bijak, panjang akal dan sentiasa berilham. Seseorang yang berinovasi akan sentiasa memikirkan perubahan serta melaksanakan perubahan dan membuat pembaharuan yang releven dan realistik. Usahawan yang mempunyai ciri inovator akan sentiasa membuat pembaharuan dan menghasilkan sesuatu benda yang berorentasi yang boleh membawa kejutan kepada orang ramai kerana tiada yang serupa dengan pembaharuan sebelum ini (Firah, 2015).

Steven Paul "Steve" Jobs” ialah seorang usahawan dan pencipta berbangsa Amerika Syarikat. Beliau merupakan pengasas, pengerusi, dan bekas CEO of Apple Inc. Jobs juga pernah merangkul jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif Pixar Animation Studios serta  menganggotai lembaga pengarah The Walt Disney Company pada tahun 2006, setelah Pixar dibeli oleh Disney.

Beliau dihargai sebagai penerbit eksekutif dalam filem Toy Story (1995). Steve Jobs merupakan seorang usahawan yang mempunyai ciri berinovasi. Beliau bersama Steve Wozniak iaitu pengasas bersama Apple, Mike Markkula, dan lain-lain membangunkan, dan memasarkan salah satu barisan komputer peribadi yang berjaya di pasaran, iaitu siri Apple II. Steve Jobs berjaya mengubah persepsi pelanggan dan peminatnya dan menanamkan tanggapan terhadap produk Apple dalam kalangan pembelinya yang mereka sebenarnya merupakan golongan sasaran terpilih. Beliau tidak pernah mengetepikan pandangan pelanggan sebaliknya, menjadikan pandangan tersebut sebagai pemangkin inspirasi bukan sekadar panduan untuk mencipta produk (Ruhasyidah, 2013).

Tugas utama Steve Jobs di Apple adalah untuk mengatakan “tidak”, iaitu menapis setiap idea produk yang dikemukakan oleh pekerjanya. Setiap jurutera yang pernah berinteraksi dengan beliau mempunyai cerita sendiri, iaitu cara beliau membuat keputusan yang pantas membunuh idea yang dirasakannya tidak mempunyai daya maju. Beliau mengatakan, “saya bangga dengan setiap produk yang tidak dihasilkan sebagaimana saya bangga dengan setiap produk yang dihasilkan” didalam temu ramahnya. Bukan sahaja kecenderungan Steve mengelakkan produk yang kompleks yang mendorong beliau mengatakan “tidak”.

Steve Jobs sangat cerdik dalam menghasilkan sesuatu yang berbentuk orentasi. Hal ini disebabkan beliau mempunyai kecenderungan nilai tekad dan inisiatif yang tinggi dalam menghasilkan sesuatu yang baru untuk berkembang maju. Sikap yang positif haruslah diamalkan manakala sikap yang negatif perlu dihindarkan. Beliau juga pandai mencari peluang dalam pelbagai musibah ataupun cabaran dan ancaman yang mungkin dihadapi. Oleh yang demikian, seseorang usahawan harus mencari inisiatif lain sekiranya beliau tidak pasti perusahaan yang sedia ada mampu bertahan ataupun tidak. Justeru itu, mereka hendaklah berani mencuba dan mencari maklumat serta bijak untuk memilih perusahaan yang mungkin dapat membantu perusahaan yang sedia ada dari masa ke semasa.



Contoh 1 : Bijak mengawal kos dalam penghasilan produk

Apple berjaya mengawal kos pengeluaran ditahap yang rendah serta menarik minat pelanggan didalam versi terbaharu produknya. Strategi ini ternyata berkesan kerana setiap kali versi baru diperkenalkan Apple akan memasukkan ciri yang tiada dalam versi pertama yang dikehendaki oleh penggunanya. Sepanjang sejarahnya Apple mengadaptasi sistem operasi baharu dan reka bentuk cip beberapa kali. Keputusan ini menyebabkan peranti yang digunakannya menjadi ketinggalan serta-merta. Steve Jobs menggugurkan penggunaan cakera lisut dalam iMac dan membayangkan yang “pemacu optikal” tidak digunakan dalam MacBook Air.

Berbeza daripada syarikat teknologi yang lain, keputusan penting dibuat hasil daripada perbincangan dari peringkat bawahan dan kebijaksanaan kumpulan digembleng bersama. Di Apple, Steve ialah raja. Keputusan selalunya diputuskan oleh kumpulan yang kecil dan yang menjadi titik penentu adalah di tangan Steve Jobs. Dengan kumpulan yang kecil ini Apple mengeluarkan satu atau dua produk setahun, tetapi produk tersebut ternyata mendapat sambutan.  Pendekatan Apple ini ternyata berjaya kerana Jobs dan kumpulannya mengetahui apa-apa yang mereka mahukan dan keadaan ini membuat mereka lebih fokus, tetapi yang lebih penting Steve Jobs ialah raja. Steve Jobs sentiasa tidak menghiraukan apa-apa yang dikatakan oleh pesaingnya. Beliau mereka produknya dengan acuan sendiri dengan mengambil kira nilai kesenian dan pengalaman pengguna. Pendekatan tersebut menghasilkan produk Apple yang lain daripada kebanyakannya.



Contoh 2 : penghasilan produk berorentasikan teknologi moden

Dengan penggunaan teknologi sentuh kanta, tetikus teknologi yang diperkenalkannya pada dekad 1080-an tidak dilupakan lagi. Kesanggupan Apple melupakan masa lepas dari segi sistem operasi, proses pembuatan dan sebagainya membolehkan syarikat ini membuat produk yang lebih baik. Keadaan ini membolehkan Apple berada di pinggir yang dibenarkan oleh teknologi untuk membaiki produk keluarannya. Hal ini dimantapkan lagi dengan strategi yang memaksa pelanggannya terus membeli versi baharu produk keluarannya (Nubailah, 2014).

Perdebatan dalam industri teknologi komunikasi berkisar tentang sama ada perisian patut terbuka atau tidak, iaitu sesiapa pun boleh mengakses ataupun tertutup. Bagi Apple, perdebatan ini tidak perlu, yang lebih penting adalah sama ada syarikat membuat produk yang lebih baik dan menguntungkan. Contohnya, Apple bersedia menerima perlindungan hak dalam industri muzik kerana hal ini membantu syarikat ini melancarkan produk iTunes. Begitu juga dengan tuduhan yang APP Store adalah tertutup dan tidak mempunyai transparensi. Yang penting bagi Apple ialah APP Store Berjaya dan memberikan pengalaman yang menyeronokkan kepada pengguna. Bagi Apple, falsafah tersebut lebih bermakna daripada perdebatan yang tidak menguntungkan (Zafaran, 2014).

Produk komputer yang dihasilkan oleh Steve Jobs memberikan kesan yang sangat mendalam kepada media baru seperti penggunaan PC (Personal Computer) semakin berkembang pesat pada masa kini. PC merupakan perangkat komputer yang berfungsi sebagai alat bantu kerja sekaligus hiburan. Salah satu fungsi PC dalam dunia seni ialah sistem pengolahan digital grafik. Sejak berkembangnya penggunaan PC, ramai pereka yang mula menceburi dan menggunakan digital grafik untuk menghasilkan karya-karya mereka. 

Task 1 : Ciri-ciri Keusahawanan (6. Budaya Terbuka)


6. Budaya Terbuka

Budaya terbuka dari perspektif keusahawanan dapat didefinisikan satu sifat di mana perniagaan menghasilkan produk yang bersifat universal. Produk yang dihasilkan oleh sesebuah perniagaan itu mampu diterima oleh segenap lapsan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa mahupun budaya. Jadi penghasilkan satu pruduk tu haruslah mempunyai ciri-ciri universal dan tidak tertumpu kepada satu kriteria sahaja bagi memastikan hasil keluaran itu dapat diterima oleh masyarakat lebih-lebih lagi bagi masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa da agama ini. Justeru, usahawan perlu mengambil kira ciri-ciri produk yang dapat diterima umum.

            Usahawan yang mengamalkan dasar budaya terbuka dalam perniagaannya mempunyai potensi yang sangat tinggi dan mampu menarik ramai pelanggan, Oleh kerana penghasilkan produk yang bersifat umum dan sesuai untuk masyarakat berbilang kaum terutama sekali di Malaysia yang penduduknya terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan kepercayaan. Oleh itu, usahawan yang mempraktikkan sifat ini mampu menarik pelanggan yang ramai seterusnya dapat menjana keuntungan kepada syarikat ekoran daripada penjualan produk yang bersesuaian untuk para pelanggan.

 




 Dato’ Dr.Vida


Latar Belakang

            Usahawan bagi Vida Beauty adalah Dato’ Dr. Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai, Dato’ Dr.Vida sememangnya seorang yang tidak asing lagi namanya disekitar Perak ini kerana Beliau telah dikenali dengan penghasilan & kualiti produknya yang kian tersohor di tanah air kita. Beliau adalah anak kelahiran Kelantan dan telah berkecimpung dalam dunia perniagaan ini estim 16 tahun. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda jurusan Pendidikan & Perniagaan di Universiti Sains Malaysia Penang. Seterusnya melanjutkan pelajaran hingga peringkat PHD jurusan Biologi di Universiti Charles Molnar, Hungary. Sebelum beliau berkecimpung sepenuhnya dengan aliran Perniagaan ini, beliau adalah salah seorang tenaga pengajar di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Poi Lam, Ipoh. Beliau telah mengambil keputusan yang berani dengan meninggalkan karier beliau selaku guru dan beliau telah berusaha dengan jayanya. Dengan usaha beraninya itu,  beliau telah estimo membuka sebanyak 38 cawangan di sekitar Perak, Kuala Lumpur, Terengganu, Kedah, Penang dan Kelantan.

Pengorbanan karier beliau telah mendatangkan hasil yang amat berbaloi sehingga melayakkan beliau mendapat segala perancangan perniagaan yang beliau aturkan. Dengan susunatur organisasi dan segala percaturan niaga yang dibuat, beliau juga mengharapkan yang terbaik tak kira darisegi Pengguna, Pekerja, Perniagaan dan Rakan kerja niaganya seperti puluhan Stokis, Pemborong dan ratusan pengedar di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei yang banyak membantu beliau dalam perjalanan syarikat beliau sehingga kini.

Vida Beauty merupakan sebuah syarikat pengeluar produk-produk kesihatan dan kecantikan. Produk-produk yang dikeluarkan oleh Vida Beauty adalah setaraf dengan produk-produk keluaran lain dipasaran malah produk Vida Beauty adalah yang terbaik. Ramai yang telah mencuba produk-produk tersebut malah mereka juga berpuas hati dengan hasilnya.

Tidak hairanlah jika di estimon produk keluaran VidaBeauty menjadi pilihan setiap orang. Kini akibat permintaan yang ramai dari pelanggan bagi setiap pelusuk negara, Vida Beauty  telah menambahkan beberapa cawangan baru dan jumlah pengedarnya  semakin bertambah hari demi hari. Banyak estimony dari pengguna-pengguna produk Vida Beauty yang menunjukkan kepuashatian mereka terhadap keberkesanan produk Vida Beauty yang telah mereka gunakan.

Produk yang dihasilkan ini sememangnya sesuiai untuk semua orang tampa memnitik beratkan untuk kumpulan sasaran. Secara amnya, syarikat ini mengeluarkan produk yang sangat bersifat budaya terbuka kerana hasil keluarannya mampu diterima oleh semua masyarakat yang berbeza agama, bangsa dan negara.


Task 1 : Ciri-ciri Keusahawan (5. Kegagalan Adalah Satu Pilihan)



5. Kegagalan Adalah Satu Pilihan
 





             Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary


 Latar belakang
Melalui sifat keusahawanan kegagalan adalah satu pilihan ini, tokoh usahawan yang boleh dikaitkan ialah Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary merupakan seorang ahli perniagaan dan jutawan Melayu yang ke lapan terkaya di Malaysia dengan berpendapatan 2.2 bilion USD (Forbes, 2015). Beliau bersama dengan bapanya menjalankan perniagaan menternak lembu dan mengimport lembu dari Thailand, Langkawi dan Perlis untuk dijual di pasaran tempatan. kegembiraan dan kekayaan keluarga tersebut hanyalah sementara (Utusan Malaysia, 2002).  Pada tahun 1970, wabak penyakit kaki dan mulut telah merosakkan keseluruhan perniagaan lembu mereka. Berikutan daripada kejadian tersebut, bapa beliau telah mengambil keputusan untuk tidak lagi menceburi bidang perniagaan itu. Keadaan ini menyebabkan Syed Mokhtar berdepan dengan masa depan yang tidak menentu.

Bagaimanapun, dalam masa beberapa minggu, anak muda ini telah bangkit semula. Kegagalan tidak mematahkan semangat Syed Mokhtar. Beliau menganggap ini semua sebagai halangan sementara yang telah memberikan beliau pengajaran yang amat bernilai. Halangan sementara ini telah menjadikan beliau lebih bersemangat dan lebih bersungguh-sungguh untuk berjaya. Halangan ini juga telah memberi pengajaran kepada beliau iaitu jangan bergantung kepada satu sumber perniagaan sahaja. Bermula daripada situ, beliau semakin cenderung untuk mempelbagaikan empayar perniagaan.



Contoh 1 : Kegagalan adalah satu pilihan

Sifat keusahawanan kegagalan adalah satu pilihan adalah salah satu cabaran yang seseorang mempunyai masalah mereka sendiri sebelum mereka berjaya. Ia tidak mudah untuk mengakui apabila seseorang melakukan kesalahan, tetapi ia adalah satu langkah penting dalam pembelajaran yang semakin meningkat dan memperbaiki diri mereka sendiri. Anda hanya boleh belajar dari kesilapan selepas anda merasai pengalaman tersebut dan menghadapinya.



Contoh 2 : Kegagalan bukan bermakna gagal selamanya

Kegagalan adalah apabila kita tidak berjaya untuk mencapai sasaran yang kita telah merancang selama ini. Syed Mokhtar telah  gagal sekali atau beberapa kali dalam hidupnya tetapi apa yang penting adalah merancang untuk kegagalan kemudian belajar daripadanya dan cuba untuk mengelakkan apa-apa kesilapan untuk mencapai sasaran. Kita tidak boleh berputus asa apabila menghadapi kegagalan kerana tidak bermakna kita akan gagal selama-lamanya. Melalui kegagalan, kita boleh mengetahui kesilapan kita sendiri kemudian mempelajari daripada kesilapan yang telah dilakukan supaya ia tidak akan berlaku lagi. Kesimpulannya, kita tidak perlulah menjadi ahli perniagaan yang berjaya tetapi kita pasti akan perlu mempunyai sikap optimis kepada kegagalan dan takut untuk gagal. Kegagalan dalam perniagaan adalah perkara yang besar tidak kira di mana anda berada atau bagaimana anda mampu untuk berada.


TASK 1 : Ciri-ciri keusahawanan (4. Berwawasan)


4. Berwawasan


            Wawasan ialah pandangan terhadap sesuatu kemajuan atau perkembangan masa depan. Setiap manusia mempunyai wawasan untuk berjaya dalam hidup. Begitu juga dengan  para usahawan di dunia perniagaan, setiap daripada mereka mempunyai wawasan diri masing-masing untuk mengecapi kejayaan. Setiap usahawan perlu mempunyai wawasan yang jelas dalam hidup (Mahmood, et al., 2010). Kemampuan seseorang usahawan melihat apa yang akan terjadi pada masa depan merupakan salah satu faktor kejayaan usahawan tersebut. Dalam jiwa seseorang usahawan perlu ada kepemimpinan yang berwawasan supaya dapat mengarahkan diri sendiri serta orang lain untuk menuju kejayaan pada masa depan.




Jimmy Choo

            Usahawan yang berwawasan akan mempunyai keupayaan yang tinggi untuk mengesan peluang keemasan serta dapat berfikir sesuatu secara kreatif dan inovatif (Zafir, 2003). Antara usahawan yang berwawasan dalam negara Malaysia mahupun di dunia  ialah Jimmy Choo yang merupakan usahawan yang terkenal dengan kasut yang bergaya serta eksklusif. Beliau merupakan tukang membuat kasut serta pereka kasut yang mahir. Beliau sangat teliti dalam membentuk acuan kasut daripada bahagian atas ke bahagian tapak tumit kerana beliau ingin memastikan kasut rekaannya seimbang supaya pemakai kasut berasa selesa serta selamat.

Jimmy Choo dilahirkan pada tahun 1961 di Pulau Pinang, Malaysia. Bapa beliau telah menjalankan perniagaan membuat kasut. Jimmy Choo telah mendapat pendedahan awal mengenai teknik membuat kasut daripada bapanya kerana bapa beliau merupakan tukang kasut sepenuh masa. Jimmy Choo mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Shih Chung dan menamatkan pelajaran beliau pada tahun enam. Beliau selalu membantu bapa dalam menghasilkan kasut dan beliau berjaya menghasilkan kasut rekaan pertama ketika berumur 11 tahun.


Contoh 1 : Berwawasan dalam mengharungi rintangan

Jimmy Choo telah menyambung pelajaran dalam bidang pembuatan kasut dan fesyen di London. Bapa beliau telah menanggung kos pengajian pada tahun pertama sahaja. Jimmy Choo melakukan pekerjaan secara separuh masa sebagai pencuci di restoran serta kilang kasut demi menampung kos pengajian bagi tahun-tahun seterusnya. Selepas menamatkan pengajian, Jimmy Choo mempunyai wawasan yang jelas untuk membuka kedai kasut dengan menyewa sebuah bangunan hospital yang lama ditinggalkan. Beliau mengharungi pelbagai cabaran selama 4 tahun namun jualan kasut beliau amat menyedihkan. Selepas empat tahun mengharungi cabaran, rekaan beliau telah mendapat liputan di Majalah Vogue yang merupakan sebuah majalah fesyen terkenal di UK. Nama Jimmy Choo telah mula dikenali tetapi beliau masih kecewa jualannya semakin merosot.



Contoh 2 : Berwawasan dalam mencipta jenama

Nama Jimmy Choo terus melonjak di persada antarabangsa apabila Puteri Diana, Ratu London  berkenaan dengan kasut rekaan beliau.Pada tahun 1996, Jimmy Choo mengasaskan Jimmy Choo Ltd bersama Tamara Mellon, editor British Vogue. Pada April 2001, Jimmy Choo menjual pegangan 50 peratus dalam syarikat dengan harga sebanyak £ 10 juta bagi menumpukan kerja-kerja beliau dalam Jimmy Choo Couture yang dihasilkan di bawah lesen daripada Jimmy Choo Ltd. Jenama Jimmy Choo yang dikaitkan dengan gaya, kemewahan dan ketulenan telah menjadi kegilaan artis serta selebriti di serata dunia. Kasut rekaan Jimmy Choo juga mula muncul dalam filem-filem terkenal seperti The Devils Wear Prada dan sebagainya.  Beliau bertanggungjawab dalam membuat keputusan mengenai arah tuju syarikat beliau iaitu Jimmy Choo Ltd.

            Beliau menubuhkan syarikat tersebut dengan hasil titik peluhnya dan memilih saluran komunikasi yang efektif bagi memasarkan rekaan-rekaan terbaru beliau. Ramai pelanggan meminati rekaan kasut Jimmy Choo kerana stail pengurusannya berorientasikan pelanggan. Jimmy Choo juga mempunyai wawasan yang tinggi dalam memperkembangkan syarikat beliau, Jimmy Choo Ltd dengan membuat promosi, menawarkan diskaun, memberi perkhidmatan istimewa dan lain-lain bagi menarik minat para pelanggan. Beliau juga bijak menyelesaikan sebarang konflik yang dihadapi tentang pertikaian mengenai rekaan beliau.



Contoh 3 : Berwawasan dalam meningkatkan prestasi syarikat

Jimmy Choo mendapat anugerah OBE “Order of The British Empire” daripada Permaisuri England, Ratu Elizabeth II. Kesungguhan serta wawasan yang jelas merupakan kejayaan beliau dalam merangkul anugerah tersebut. Beliau merupakan usahawan yang memikirkan apa yang terbaik untuk syarikat, bagaimana untuk mendapatkan pelanggan yang ramai serta cara bagi mengekalkan kualiti barangan rekaannya. Jimmy Choo mempunyai hala tuju yang jelas dalam membangunkan syarikat beliau ke peringkat antarabangsa contohnya, ketika ekonomi merosot beliau akan memikirkan cara-cara mengatasi masalah tersebut. Beliau akan bertindak sebagai penyelesai masalah dengan segera kerana beliau ingin memperkembangkan perniagaan beliau.


Contoh 4 : Berwawasan dalam mencari peluang

Jimmy Choo juga merupakan seorang usahawan yang berfikiran jauh kerana beliau sering melakukan rundingan dengan pihak-pihak luar mengenai cita rasa mereka bagi menghasilkan rekaan yang terbaik. Bagi Jimmy Choo, kesungguhan dalam mengharungi pelbagai rintangan serta cabaran merupakan langkah permulaan kejayaan beliau. Selain itu, Jimmy Choo juga dianugerahkan dengan gelaran “Datuk” oleh Sultan Pahang atas kejayaan beliau dalam bidang fesyen. Beliau mendapat anugerah gelaran “Profesor” dari University of the Arts London atas sumbangan dalam bidang fesyen. Wawasan yang jelas merupakan kejayaan beliau dalam Jimmy Choo Ltd di persada antarabangsa. Wawasan dalam diri sangat penting dalam kehidupan individu untuk mencapai kejayaan.