7. Berorientasikan Hasil
Steve Jobs
Latar belakang
Pada abad ke-21 kini, Malaysia amat memerlukan
usahawan yang dapat bertindak sebagai inovator. Inovator boleh didefinisikan
sebagai semangat mencipta serta mengilhamkan konsep dan idea yang baru. Sifat
inovator yang terdapat pada diri usahawan memperlihatkan bahawa mereka adalah
seorang yang bijak, panjang akal dan sentiasa berilham. Seseorang yang berinovasi
akan sentiasa memikirkan perubahan serta melaksanakan perubahan dan membuat
pembaharuan yang releven dan realistik. Usahawan yang mempunyai ciri inovator
akan sentiasa membuat pembaharuan dan menghasilkan sesuatu benda yang
berorentasi yang boleh membawa kejutan kepada orang ramai kerana tiada yang
serupa dengan pembaharuan sebelum ini (Firah, 2015).
Steven Paul "Steve" Jobs” ialah
seorang usahawan dan pencipta berbangsa Amerika Syarikat. Beliau merupakan
pengasas, pengerusi, dan bekas CEO of Apple Inc. Jobs juga pernah merangkul
jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif Pixar Animation Studios serta menganggotai lembaga pengarah The Walt Disney
Company pada tahun 2006, setelah Pixar dibeli oleh Disney.
Beliau dihargai sebagai penerbit eksekutif dalam
filem Toy Story (1995). Steve Jobs merupakan seorang usahawan yang mempunyai
ciri berinovasi. Beliau bersama Steve Wozniak iaitu pengasas bersama Apple,
Mike Markkula, dan lain-lain membangunkan, dan memasarkan salah satu barisan
komputer peribadi yang berjaya di pasaran, iaitu siri Apple II. Steve Jobs
berjaya mengubah persepsi pelanggan dan peminatnya dan menanamkan tanggapan terhadap
produk Apple dalam kalangan pembelinya yang mereka sebenarnya merupakan
golongan sasaran terpilih. Beliau tidak pernah mengetepikan pandangan pelanggan
sebaliknya, menjadikan pandangan tersebut sebagai pemangkin inspirasi bukan
sekadar panduan untuk mencipta produk (Ruhasyidah, 2013).
Tugas utama Steve Jobs di Apple adalah untuk
mengatakan “tidak”, iaitu menapis setiap idea produk yang dikemukakan oleh
pekerjanya. Setiap jurutera yang pernah berinteraksi dengan beliau mempunyai
cerita sendiri, iaitu cara beliau membuat keputusan yang pantas membunuh idea
yang dirasakannya tidak mempunyai daya maju. Beliau mengatakan, “saya bangga
dengan setiap produk yang tidak dihasilkan sebagaimana saya bangga dengan
setiap produk yang dihasilkan” didalam temu ramahnya. Bukan sahaja
kecenderungan Steve mengelakkan produk yang kompleks yang mendorong beliau
mengatakan “tidak”.
Steve Jobs sangat cerdik dalam menghasilkan sesuatu
yang berbentuk orentasi. Hal ini disebabkan beliau mempunyai kecenderungan
nilai tekad dan inisiatif yang tinggi dalam menghasilkan sesuatu yang baru
untuk berkembang maju. Sikap yang positif haruslah diamalkan manakala sikap
yang negatif perlu dihindarkan. Beliau juga pandai mencari peluang dalam
pelbagai musibah ataupun cabaran dan ancaman yang mungkin dihadapi. Oleh yang
demikian, seseorang usahawan harus mencari inisiatif lain sekiranya beliau
tidak pasti perusahaan yang sedia ada mampu bertahan ataupun tidak. Justeru
itu, mereka hendaklah berani mencuba dan mencari maklumat serta bijak untuk
memilih perusahaan yang mungkin dapat membantu perusahaan yang sedia ada dari
masa ke semasa.
Contoh 1 : Bijak mengawal kos dalam
penghasilan produk
Apple berjaya mengawal kos pengeluaran ditahap
yang rendah serta menarik minat pelanggan didalam versi terbaharu produknya.
Strategi ini ternyata berkesan kerana setiap kali versi baru diperkenalkan
Apple akan memasukkan ciri yang tiada dalam versi pertama yang dikehendaki oleh
penggunanya. Sepanjang sejarahnya Apple mengadaptasi sistem operasi baharu dan
reka bentuk cip beberapa kali. Keputusan ini menyebabkan peranti yang
digunakannya menjadi ketinggalan serta-merta. Steve Jobs menggugurkan
penggunaan cakera lisut dalam iMac dan membayangkan yang “pemacu optikal” tidak
digunakan dalam MacBook Air.
Berbeza daripada syarikat teknologi yang lain,
keputusan penting dibuat hasil daripada perbincangan dari peringkat bawahan dan
kebijaksanaan kumpulan digembleng bersama. Di Apple, Steve ialah raja.
Keputusan selalunya diputuskan oleh kumpulan yang kecil dan yang menjadi titik
penentu adalah di tangan Steve Jobs. Dengan kumpulan yang kecil ini Apple
mengeluarkan satu atau dua produk setahun, tetapi produk tersebut ternyata
mendapat sambutan. Pendekatan Apple ini
ternyata berjaya kerana Jobs dan kumpulannya mengetahui apa-apa yang mereka
mahukan dan keadaan ini membuat mereka lebih fokus, tetapi yang lebih penting
Steve Jobs ialah raja. Steve Jobs sentiasa tidak menghiraukan apa-apa yang
dikatakan oleh pesaingnya. Beliau mereka produknya dengan acuan sendiri dengan mengambil
kira nilai kesenian dan pengalaman pengguna. Pendekatan tersebut menghasilkan
produk Apple yang lain daripada kebanyakannya.
Contoh 2 : penghasilan produk
berorentasikan teknologi moden
Dengan penggunaan teknologi sentuh kanta,
tetikus teknologi yang diperkenalkannya pada dekad 1080-an tidak dilupakan
lagi. Kesanggupan Apple melupakan masa lepas dari segi sistem operasi, proses
pembuatan dan sebagainya membolehkan syarikat ini membuat produk yang lebih
baik. Keadaan ini membolehkan Apple berada di pinggir yang dibenarkan oleh
teknologi untuk membaiki produk keluarannya. Hal ini dimantapkan lagi dengan
strategi yang memaksa pelanggannya terus membeli versi baharu produk
keluarannya (Nubailah, 2014).
Perdebatan dalam industri teknologi komunikasi berkisar
tentang sama ada perisian patut terbuka atau tidak, iaitu sesiapa pun boleh
mengakses ataupun tertutup. Bagi Apple, perdebatan ini tidak perlu, yang lebih
penting adalah sama ada syarikat membuat produk yang lebih baik dan
menguntungkan. Contohnya, Apple bersedia menerima perlindungan hak dalam
industri muzik kerana hal ini membantu syarikat ini melancarkan produk iTunes.
Begitu juga dengan tuduhan yang APP Store adalah tertutup dan tidak mempunyai
transparensi. Yang penting bagi Apple ialah APP Store Berjaya dan memberikan
pengalaman yang menyeronokkan kepada pengguna. Bagi Apple, falsafah tersebut
lebih bermakna daripada perdebatan yang tidak menguntungkan (Zafaran, 2014).
Produk komputer yang dihasilkan oleh Steve Jobs
memberikan kesan yang sangat mendalam kepada media baru seperti penggunaan
PC (Personal Computer) semakin berkembang pesat pada masa kini. PC
merupakan perangkat komputer yang berfungsi sebagai alat bantu kerja sekaligus
hiburan. Salah satu fungsi PC dalam dunia seni ialah sistem pengolahan digital
grafik. Sejak berkembangnya penggunaan PC, ramai pereka yang mula menceburi dan
menggunakan digital grafik untuk menghasilkan karya-karya mereka.
i like this article
ReplyDelete