Tuesday 24 November 2015

Task 2 : Biografi Usahawan Berjaya Pilihan (Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary)



Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary





Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary dilahirkan pada tahun 1952 di Alor Setar, Kedah, Malaysia. Bapanya bernama Syed Nor Al-Bukhary dan ibunya bernama Sharifah Rokiah Syed Mohamed Rahmat yang berasal daripada Hadhramaut, Yemen. Bapanya  mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga dan seterusnya bapanya ke Thailand. Ketika Syed Mokhtar 9 tahun, beliau dijaga oleh bapa saudaranya di Johor Bahru dan kemudian kembali ke Kedah dan bersekolah di Sekolah Saint Michael’s. Beliau mempunyai tujuh orang adik-beradik dan merupakan anak ke tiga. Beliau hidup dalam serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Hutan Keriang tidak mempunyai meja, katil mahupun kerusi. Hal ini menyebabkan beliau susah untuk menelaah. Sejak kecil juga beliau di didik oleh ibunya supaya menderma kepada orang miskin.


Beliau bermula berniaga kecil-kecilan iaitu membantu ibunya menanam sayur-sayuran dan menjual roti canai serta membantu bapanya menternak lembu dan kerbau. Ketika berusia 19 tahun beliau mengambil peperiksaan SPM ( Sijil Pelajaran Malaysia). Selepas mengambil SPM beliau menjual daging dan pada 1972 beliau mendapat permit empat buah lori Kelas A dan meminjam RM10,000 daripada Mara untuk membeli Mercedes 911LS. Beliau mula membuka syarikat pengangkutan “Syarikat Pengangkutan Sentosa”. Syed Mokhtar membeli rumah kedai yang pertama di Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan Perbadanan Kemajuan Bandar (UDA) pada 1974. Manakala pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara (LPN).

Salah satu ciri yang perlu ada dalam diri seseorang usahawan ialah perlu taat. Taat merupakan patut kepada sesuatu yang dikerjakan. Di mana ciri ini penting dalam menjadikan seseorang usahawan itu berintegriti. Sebagai contoh yang dapat dilihat daripada sikap Tan Sri Syed Mokhtar bin Al-Bukhary. Beliau merupakan seorang ahli perniagaan dan sekali gus jutawan Melayu yang terkaya. Memang tidak dapat dinafikan bahawa beliau seorang yang taat dan di ambil menjadi contoh oleh usahawan-usahawan lain melalui sikap yang ditunjukkan, seorang usahawan perlulah mendapat kepercayaan dari pihak lain. Sebagai contoh Tan Sri Syed Mokhtar  berjaya mendapatkan lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara (BERNAS). Beliau turut menjadi pemegang saham sebanyak 52%  dalam usaha sama antara NG Ghaik dan Chua Chong Tan untuk membekalkan beras. Sikap taat menyebabkan beliau dipercayai oleh orang lain sehingga beliau mampu membuka syarikat sendiri Bukhary Sdn. Bhd. Memang tidak dapat dinafikan bahawa sikap yang ada pada diri beliau membuatkan beliau dihormati dan disanjung oleh rakan niaganya. Beliau bukan sahaja menceburi pelbagai jenis perniagaan malahan berjaya menguruskan perniagaannya dengan sistematik.


Selain itu, sikap yang perlu ada dalam diri seseorang usahawan ialah berwawasan. Berwawasan ialah sikap yang ditonjolkan melalui pemikiran jauh ke hadapan. Ciri ini penting dan perlu ada dalam diri seseorang usahawan untuk mencapai matlamat, misi dan visi. Sebagai seseorang yang berwawasan yang dipamerkan oleh Tan Sri Syed Mokhtar tidak berhenti begitu sahaja tetapi sebaliknya terus berusaha untuk memajukan lagi perniagaan beliau yang telah ada. Beliau turut menubuhkan Muzium Kesenian Islam, Yayasan Al-Bukhary, Universiti Antarabangsa Al- Bukhary dan juga kompleks Al-Bukhary. Sikap berwawasan beliau perlu di ambil sebagai contoh untuk memperluaskan lagi empayar beliau. Beliau juga melihat ke arah masa depan dengan mempunyai kepentingan di syarikat-syarikat gergasi di Malaysia seperti MMC Corporation Berhad, Pelabuhan Tanjung Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-Hicom, Bank Muamalat, PERNAS, Malakoff Berhad dan banyak lagi.


Antara salah satu ciri usahawan yang terdapat dalam diri Tan Sri Syed Mokhtar ialah sikap proaktif dalam sesuatu tindakan. Usahawan yang berjaya perlu bijak membuat peluang, membuat peluang dan bersikap pandang ke hadapan mendahului orang lain. Sebagai contoh, Tan Sri Syed Mokhtar telah membina Kompleks Perniagaan (SOUQ) al-Bukhary yang bernilai RM400 juta. Kompleks itu diberi nama sebagai Pusat Kecermelangan Sharifah Rokiah. Selain itu, beliau membangunkan muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur. Beliau juga dikenali dengan melakukan kebajikan dengan membina pusat-pusat penjagaan dan penyelidikan. Penghasilkan produk yang bersifat umum dan sesuai untuk masyarakat berbilang kaum terutama sekali di Malaysia yang penduduknya terdiri daripada pelbagai bangsa, agama dan kepercayaan. Oleh itu, usahawan yang mempraktikkan sifat ini mampu menarik pelanggan yang ramai seterusnya dapat menjana keuntungan kepada syarikat ekoran daripada penjualan produk yang bersesuaian untuk para pelanggan.


Selain itu, antara ciri-ciri keusahawanan yang terdapat dalam diri Tan Sri Syed Mokhtar ialah sikap tidak berputus asa. Dalam ciri ini, Tan Sri Syed Mokhtar menggunakan kegagalan dalam hidup atau kesusahan yang dihadapi sebagai pemangkin atau semangat dan motivasi untuk terus maju dan berjaya dalam kehidupan. Beliau bersama dengan bapanya menjalankan perniagaan menternak lembu dan mengimport lembu dari Thailand, Langkawi dan Perlis untuk dijual di pasaran tempatan. kegembiraan dan kekayaan keluarga tersebut hanyalah sementara.  Pada tahun 1970, wabak penyakit kaki dan mulut telah merosakkan keseluruhan perniagaan lembu mereka. Berikutan daripada kejadian tersebut, bapa beliau telah mengambil keputusan untuk tidak lagi menceburi bidang perniagaan itu. Keadaan ini menyebabkan Syed Mokhtar berdepan dengan masa depan yang tidak menentu.



Dengan sikap yang suka mengambil risiko dalam kehidupan beliau, Tan Sri Syed Mokhtar telah membeli rumah kedai yang pertama beliau dengan perjanjian sewa beli dengan Perbadanan Kemajuan Bandar (UDA) pada tahun 1974. Bukan itu sahaja, beliau mengembangkan lagi perniagaan beliau dengan menubuhkan Syarikat Shah iaitu sebagai pembekal beras kepada pihak seperti FELDA, MARA dan Sergam. Hal ini jelas menunjukkan sifat mengambil risiko dalam perniagaan oleh Tan Sri Syed Mokhtar mendatangkan hasil dan kejayaan yang berbaloi dalam kehidupannya.





No comments:

Post a Comment