Monday 23 November 2015

TASK 1: Ciri-ciri Keusahawanan (2. Berani Mengambil Risiko)


2. Berani Mengambil Risiko

Risiko adalah keadaan ketidakpastian dalam membuat sesuatu keputusan dan kesannya juga haruslah ditanggung oleh pembuat keputusan. Rosli Mahmood et al. (2010) menyatakan bahawa semakin tinggi risiko maka semakin tinggi pulangan yang akan diterima, selain itu, usahawan perlulah membuat pertimbangan dan penilaian terhadap risiko. Usahawan terdedah kepada pelbagai risiko. Risiko bermula apabila seseorang usahawan melibatkan diri dalam bidang perniagaan.




Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah

            Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah adalah contoh usahawan yang berani dalam menghadapi risiko. Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sunway. Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah dibesarkan di Pusing, Perak. Beliau mendapat pendidikan dari Footscray Institute of Technology, Australia. Selepas menghabiskan pengajian beliau bekerja sebagai akauntan di kilang pemasangan motor.


Contoh 1 : Mengambil risiko yang diperhitungkan untuk mempelbagaikan perniagaan
       yang diceburinya

Pada tahun 1985, Malaysia telah dilanda kegawatan ekonomi dan menyebabkan Sunway Holding Berhad mencatatkan kerugian yang tinggi dan hampir melenyapkan dana pemegang sahamnya pada tahun 1987. Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah berani mengambil langkah mengurangkan risiko iaitu dengan mempelbagaikan jenis perniagaan antaranya sektor pembangunan hartanah pembuatan, pelaburan hartanah, hiburan dan perhotelan, beliau telah berjaya mewujudkan Sunway Construction Berhad, Sunway City Berhad dan Sunway Building Technology Berhad.

Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah bercita - cita untuk membangunkan sebuah bandar yang dikenali sebagai Bandar Sunway, namun ramai yang kurang percaya terhadap kemampuannya, dengan semangat dan azam yang tinggi beliau telah berjaya membangunkan Bandar Sunway di tapak bekas lombong dengan pelbagai kemudahan seperti perhotelan, kompleks membeli-belah  dan kawasan perumahan.

Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah adalah contoh usahawan berjaya sikap beliau yang suka belajar daripada kegagalan membawa kepada kejayaan beliau. Oleh itu, seseorang usahawan yang ingin berjaya hendaklah sentiasa berani untuk berhadapan dengan risiko.



No comments:

Post a Comment