3. Tajam Daya Pemerhatian
Pemerhatian yang tajam adalah
ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang usahawan. Hal ini kerana usahawan yang
berjaya juga merupakan seorang usahawan yang dinamis dalam membuat keputusan.
Di dalam membuat keputusan, usahawan perlulah mengambil kira kesemua faktor
dalaman dan luaran organisasi serta mengambil kira kesemua pihak yang
berkepentingan dengannya. Ini bertujuan untuk mengelakkan usahawan membuat
keputusan yang tidak tepat (Mahmood, et al., 2010).
William Henry
Gates III
Latar belakang
Bill Gates nama sebenarnya ialah William Henry
Gates III. Beliau dilahirkan pada 28 Oktober 1955, Seattle Washingston. Pada
umurnya 12 tahun ayahnya telah menghantarnya ke sekolah ‘Lakeside School.
Di sana beliau sangat meminati pengaturcaraan komputer pada usia 13 tahun. Bill
Gates mempunyai rakan karibnya iaitu Paul Allen. Beliau sangat terkenal dalam
revolusi komputer peribadi. Beliau juga mencatat sejarah tersendiri apabila
menjadi orang yang terkaya di dunia selama 13 tahun berturut-turut. Ciri-ciri yang paling menyerlah dalam dirinya
ialah seorang yang penyelidik dan berani mengambil risiko.
Contoh 1 : Menyelidik peluang dalam pasaran
Ciri –ciri yang pertama ialah seorang
penyelidik. Dalam menyelidik, usahawan haruslah mempunyai kepintaran rangkaian
dalam mencari peluang. Pada usianya yang
muda, beliau sangat cepat menguasai BASIC, bahasa pemograman komputer
dan bersama para hacker yang belajar di
Lakeside, dia banyak melewatkan waktu berjam-jam menulis program,
melakukan permainan, dan secara umum banyak mempelajari hal tentang komputer.
Bill Gates menyambung pelajarannya ke
University Havard di Cambridge mulai tahun 1975. Di sana dia telah bertemu Paul
Allen dan mereka bersama-sama mengembangkan bakat dalam pemograman komputer.
Namun, Bill Gates memutuskan keluar dari Universiti untuk menyumbangkan
waktunya ke Microsoft. Melalui usahanya, perusahaan yang ia dirikan yang
bernama Microsoft Corporation menjadi mercu tanda kejayaan dirinya dan Bill Gates
diangkat menjadi seorang jutawan.
Contoh 2 : Menyelidik risiko yang bakal dihadapi
Selain itu, Bill Gates jugak seorang
yang berani mengambil risiko. Seperti yang kita sedia maklum bahawa, hukum umum
bagi sesuatu risiko ialah semakin tinggi risiko semakin tinggi pulangannya. (Rosli Mahmood, 2010). Pada tahun 1990 Bill
Gates berjaya merialisasi sistem operasi yang sangat diperlukan di pasaran
dunia. Namun, Bill Gates juga mendapat reputasi yang tidak baik dalam
karriernya. Bukan sekali, bahkan Bill Gates melakukan beberapa kali kesalahan
dalam bisnes perantinya. Pada tahun 1990 Bill Gates mendapat tuntutan dari
Departmen Keadilan Amerika Syarikat dengan dakwaan bahawa Gates telah melakukan
monopoli terhadap perusahaan-perusahaan kecil.
Sekali lagi Bill Gates tersungkur dengan hukum undang-undang perniagaan Amerika Syarikat pada tahun 1999. Pada tahun 2000, Bill gates mengundurkan diri dari jabatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan ia memilih kembali ke bidang kesukaannya iaitu Microsoft Corp. Pada awal tahun 2008, Bill Gates memutuskan untuk mengundurkan diri dari pengurusan Microsoft dan mahu melibatkan diri dalam kerja amal melalui yayasan sosial yang didirikannya, iaitu Bill dan Melinda Gates Foundation. (Biografiku, 2009)
No comments:
Post a Comment