Monday 23 November 2015

Task 1 : Ciri-ciri Keusahawan (5. Kegagalan Adalah Satu Pilihan)



5. Kegagalan Adalah Satu Pilihan
 





             Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary


 Latar belakang
Melalui sifat keusahawanan kegagalan adalah satu pilihan ini, tokoh usahawan yang boleh dikaitkan ialah Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary merupakan seorang ahli perniagaan dan jutawan Melayu yang ke lapan terkaya di Malaysia dengan berpendapatan 2.2 bilion USD (Forbes, 2015). Beliau bersama dengan bapanya menjalankan perniagaan menternak lembu dan mengimport lembu dari Thailand, Langkawi dan Perlis untuk dijual di pasaran tempatan. kegembiraan dan kekayaan keluarga tersebut hanyalah sementara (Utusan Malaysia, 2002).  Pada tahun 1970, wabak penyakit kaki dan mulut telah merosakkan keseluruhan perniagaan lembu mereka. Berikutan daripada kejadian tersebut, bapa beliau telah mengambil keputusan untuk tidak lagi menceburi bidang perniagaan itu. Keadaan ini menyebabkan Syed Mokhtar berdepan dengan masa depan yang tidak menentu.

Bagaimanapun, dalam masa beberapa minggu, anak muda ini telah bangkit semula. Kegagalan tidak mematahkan semangat Syed Mokhtar. Beliau menganggap ini semua sebagai halangan sementara yang telah memberikan beliau pengajaran yang amat bernilai. Halangan sementara ini telah menjadikan beliau lebih bersemangat dan lebih bersungguh-sungguh untuk berjaya. Halangan ini juga telah memberi pengajaran kepada beliau iaitu jangan bergantung kepada satu sumber perniagaan sahaja. Bermula daripada situ, beliau semakin cenderung untuk mempelbagaikan empayar perniagaan.



Contoh 1 : Kegagalan adalah satu pilihan

Sifat keusahawanan kegagalan adalah satu pilihan adalah salah satu cabaran yang seseorang mempunyai masalah mereka sendiri sebelum mereka berjaya. Ia tidak mudah untuk mengakui apabila seseorang melakukan kesalahan, tetapi ia adalah satu langkah penting dalam pembelajaran yang semakin meningkat dan memperbaiki diri mereka sendiri. Anda hanya boleh belajar dari kesilapan selepas anda merasai pengalaman tersebut dan menghadapinya.



Contoh 2 : Kegagalan bukan bermakna gagal selamanya

Kegagalan adalah apabila kita tidak berjaya untuk mencapai sasaran yang kita telah merancang selama ini. Syed Mokhtar telah  gagal sekali atau beberapa kali dalam hidupnya tetapi apa yang penting adalah merancang untuk kegagalan kemudian belajar daripadanya dan cuba untuk mengelakkan apa-apa kesilapan untuk mencapai sasaran. Kita tidak boleh berputus asa apabila menghadapi kegagalan kerana tidak bermakna kita akan gagal selama-lamanya. Melalui kegagalan, kita boleh mengetahui kesilapan kita sendiri kemudian mempelajari daripada kesilapan yang telah dilakukan supaya ia tidak akan berlaku lagi. Kesimpulannya, kita tidak perlulah menjadi ahli perniagaan yang berjaya tetapi kita pasti akan perlu mempunyai sikap optimis kepada kegagalan dan takut untuk gagal. Kegagalan dalam perniagaan adalah perkara yang besar tidak kira di mana anda berada atau bagaimana anda mampu untuk berada.


No comments:

Post a Comment