Monday 23 November 2015

TASK 1 : Ciri-ciri keusahawanan (4. Berwawasan)


4. Berwawasan


            Wawasan ialah pandangan terhadap sesuatu kemajuan atau perkembangan masa depan. Setiap manusia mempunyai wawasan untuk berjaya dalam hidup. Begitu juga dengan  para usahawan di dunia perniagaan, setiap daripada mereka mempunyai wawasan diri masing-masing untuk mengecapi kejayaan. Setiap usahawan perlu mempunyai wawasan yang jelas dalam hidup (Mahmood, et al., 2010). Kemampuan seseorang usahawan melihat apa yang akan terjadi pada masa depan merupakan salah satu faktor kejayaan usahawan tersebut. Dalam jiwa seseorang usahawan perlu ada kepemimpinan yang berwawasan supaya dapat mengarahkan diri sendiri serta orang lain untuk menuju kejayaan pada masa depan.




Jimmy Choo

            Usahawan yang berwawasan akan mempunyai keupayaan yang tinggi untuk mengesan peluang keemasan serta dapat berfikir sesuatu secara kreatif dan inovatif (Zafir, 2003). Antara usahawan yang berwawasan dalam negara Malaysia mahupun di dunia  ialah Jimmy Choo yang merupakan usahawan yang terkenal dengan kasut yang bergaya serta eksklusif. Beliau merupakan tukang membuat kasut serta pereka kasut yang mahir. Beliau sangat teliti dalam membentuk acuan kasut daripada bahagian atas ke bahagian tapak tumit kerana beliau ingin memastikan kasut rekaannya seimbang supaya pemakai kasut berasa selesa serta selamat.

Jimmy Choo dilahirkan pada tahun 1961 di Pulau Pinang, Malaysia. Bapa beliau telah menjalankan perniagaan membuat kasut. Jimmy Choo telah mendapat pendedahan awal mengenai teknik membuat kasut daripada bapanya kerana bapa beliau merupakan tukang kasut sepenuh masa. Jimmy Choo mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Shih Chung dan menamatkan pelajaran beliau pada tahun enam. Beliau selalu membantu bapa dalam menghasilkan kasut dan beliau berjaya menghasilkan kasut rekaan pertama ketika berumur 11 tahun.


Contoh 1 : Berwawasan dalam mengharungi rintangan

Jimmy Choo telah menyambung pelajaran dalam bidang pembuatan kasut dan fesyen di London. Bapa beliau telah menanggung kos pengajian pada tahun pertama sahaja. Jimmy Choo melakukan pekerjaan secara separuh masa sebagai pencuci di restoran serta kilang kasut demi menampung kos pengajian bagi tahun-tahun seterusnya. Selepas menamatkan pengajian, Jimmy Choo mempunyai wawasan yang jelas untuk membuka kedai kasut dengan menyewa sebuah bangunan hospital yang lama ditinggalkan. Beliau mengharungi pelbagai cabaran selama 4 tahun namun jualan kasut beliau amat menyedihkan. Selepas empat tahun mengharungi cabaran, rekaan beliau telah mendapat liputan di Majalah Vogue yang merupakan sebuah majalah fesyen terkenal di UK. Nama Jimmy Choo telah mula dikenali tetapi beliau masih kecewa jualannya semakin merosot.



Contoh 2 : Berwawasan dalam mencipta jenama

Nama Jimmy Choo terus melonjak di persada antarabangsa apabila Puteri Diana, Ratu London  berkenaan dengan kasut rekaan beliau.Pada tahun 1996, Jimmy Choo mengasaskan Jimmy Choo Ltd bersama Tamara Mellon, editor British Vogue. Pada April 2001, Jimmy Choo menjual pegangan 50 peratus dalam syarikat dengan harga sebanyak £ 10 juta bagi menumpukan kerja-kerja beliau dalam Jimmy Choo Couture yang dihasilkan di bawah lesen daripada Jimmy Choo Ltd. Jenama Jimmy Choo yang dikaitkan dengan gaya, kemewahan dan ketulenan telah menjadi kegilaan artis serta selebriti di serata dunia. Kasut rekaan Jimmy Choo juga mula muncul dalam filem-filem terkenal seperti The Devils Wear Prada dan sebagainya.  Beliau bertanggungjawab dalam membuat keputusan mengenai arah tuju syarikat beliau iaitu Jimmy Choo Ltd.

            Beliau menubuhkan syarikat tersebut dengan hasil titik peluhnya dan memilih saluran komunikasi yang efektif bagi memasarkan rekaan-rekaan terbaru beliau. Ramai pelanggan meminati rekaan kasut Jimmy Choo kerana stail pengurusannya berorientasikan pelanggan. Jimmy Choo juga mempunyai wawasan yang tinggi dalam memperkembangkan syarikat beliau, Jimmy Choo Ltd dengan membuat promosi, menawarkan diskaun, memberi perkhidmatan istimewa dan lain-lain bagi menarik minat para pelanggan. Beliau juga bijak menyelesaikan sebarang konflik yang dihadapi tentang pertikaian mengenai rekaan beliau.



Contoh 3 : Berwawasan dalam meningkatkan prestasi syarikat

Jimmy Choo mendapat anugerah OBE “Order of The British Empire” daripada Permaisuri England, Ratu Elizabeth II. Kesungguhan serta wawasan yang jelas merupakan kejayaan beliau dalam merangkul anugerah tersebut. Beliau merupakan usahawan yang memikirkan apa yang terbaik untuk syarikat, bagaimana untuk mendapatkan pelanggan yang ramai serta cara bagi mengekalkan kualiti barangan rekaannya. Jimmy Choo mempunyai hala tuju yang jelas dalam membangunkan syarikat beliau ke peringkat antarabangsa contohnya, ketika ekonomi merosot beliau akan memikirkan cara-cara mengatasi masalah tersebut. Beliau akan bertindak sebagai penyelesai masalah dengan segera kerana beliau ingin memperkembangkan perniagaan beliau.


Contoh 4 : Berwawasan dalam mencari peluang

Jimmy Choo juga merupakan seorang usahawan yang berfikiran jauh kerana beliau sering melakukan rundingan dengan pihak-pihak luar mengenai cita rasa mereka bagi menghasilkan rekaan yang terbaik. Bagi Jimmy Choo, kesungguhan dalam mengharungi pelbagai rintangan serta cabaran merupakan langkah permulaan kejayaan beliau. Selain itu, Jimmy Choo juga dianugerahkan dengan gelaran “Datuk” oleh Sultan Pahang atas kejayaan beliau dalam bidang fesyen. Beliau mendapat anugerah gelaran “Profesor” dari University of the Arts London atas sumbangan dalam bidang fesyen. Wawasan yang jelas merupakan kejayaan beliau dalam Jimmy Choo Ltd di persada antarabangsa. Wawasan dalam diri sangat penting dalam kehidupan individu untuk mencapai kejayaan.





1 comment:

  1. PERKHIDMATAN PEMBIAYAAN LE-MERIDIAN. syarikat pinjaman yang memberi saya pinjaman sebanyak 5,000,000.00 USD Apabila pelabur-pelabur lain yang lain telah mengabaikan tawaran saya tetapi Le_Meridian Funding Service memberi saya pinjaman yang memuaskan. langsung ke pembiayaan pinjaman dan projek dari segi pelaburan. mereka menyediakan penyelesaian pembiayaan kepada syarikat dan individu yang mencari akses kepada dana pasaran modal, mereka dapat membantu anda membiayai projek anda atau mengembangkan perniagaan anda. Hubungi E-mel :::: lfdsloans@lemeridianfds.com Juga lfdsloans@outlook.com atau Tulis pada Whatsapp Nombor pada 1- (989-394-3740) Berpikir Baik,

    ReplyDelete