Tuesday 24 November 2015

Task 1 : Ciri-ciri Keusahawanan (9. Proaktif)



9. Proaktif
 




 Dato’ Haji Ramly Bin Mokni


Latar belakang

Ramly Mokni bermula sebagai pemotong daging di sebuah pasar raya di ibu kota pada awal 1970an di mana kebanyakan makanan sejuk beku yang tidak pasti jaminan kualiti halalnya, telah mencetus idea beliau untuk menghasilkan daging burger dan sosej yang ditangung halal untuk dimakan oleh umat islam di Negara ini. Sifat beliau jelas menunjukkan beliau adalah seorang yang proaktif, berdaya kreatif dan inovatif serta berpandangan jauh.

 Selain itu, beliau tidak pernah berputus asas walaupun usahanya pernah diperlekeh oleh masyarakat dan juga pihak bank yang telah menolak permohonan pinjamannya. Namun dengan simpanan sendiri dan juga bantuan pinjaman yang diberikan oleh bank pembangunan dan Malaysia Berhad telah membantu beliau mengorak langkah untuk memajukan perniagaannya (Siti Airunnisa, 2015). Sekaligus telah membuktikan peranan agensi kerajaan adalah amat penting.

Hasil dari titik peluhnya Dato’ Haji Ramly Bin Mokni iaitu pengasas produk Ramly Burger telah memperkukuhkan legasi perniagaannya lebih 30 tahun. Bermula dengan pengeluaran secara manual dan kecil-kecilan, beliau kini telah berjaya mengembangkan perniagaan ini ke tahap komersial. Syarikat beliau telah berkembang dan membesar kepada syarikat induk Ramly Mokni Holding Berhad dan anak-anak syarikat iaitu Ramly Mokni Bakeri Sdn. Bhd, Pemasaran Ramly Mokni Sdn. Bhd, Ramly Supermart Sdn. Bhd dan Ramly Food Processing sdn Bhd. Syarikat beliau telah diberikan pengiktirafan sebanyak tiga kali oleh Bank Pembangunan atas kecemerlangan prestasi iaitu Anugerah Projek Terbaik 1982, Anugerah Pelanggan Pembangunan 1984 dan Anugerah Usahawan Jaya 1992.

Burger Ramly merupakan produk bumiputera yang telah menjadi salah satu makanan segera yang popular di Malaysia. Kemudian, Burger Ramly telah menular ke singapura dan menjadi makanan segera yang popular dikalangan penduduk Singapura. Ramly Food Processing adalah industri bumiputera yang terkenal dalam industry pembuatan produk makanan berasaskan daging lembu, ayam dan hasil laut berjenama Ramly, burger, nugget, frankfurter dan drummet adalah diantara produk yang paling disukai oleh pelanggan. Hasil kegigihan beliau, beliau telah beberapa kali dianugerahkan sebagai usahawan terbaik.



Contoh 1 : Bertindak secara proaktif dan berfikiran positif

Sikap proaktif dan berfikiran positif telah menjadikan Dato’ Ramly berani membuat keputusan. Beliau telah berjaya membuktikan bahawa sesiapa sahaja boleh berjaya walaupun dirinya tiada ijazah atau dari golongan keluarga ahli perniagaan. Di samping itu beliau sentiasa memegang kepada prinsip kejujuran, menitik beratkan mutu barangan yang dihasilkan, keutamaan dan pandangan pelanggan terhadap produknya. Ini jelas memperlihatkan bahawa corak pengurusan beliau yang sangat cekap dan proaktif dalam menangani sebarang masalah yang timbul.
             
Pada tahun 2008, Ramly Food Processing Sdn Bhd membuat pelaburan menjangkau RM 15 juta bagi pembesaran Kilang di Taman Perindustrian IKS, Batu Caves, Kuala Lumpur. Pembesaran kilang ini dan pengunaan teknologi yang lebih baik juga dapat meningkatkan hasil pengeluaran sehingga 3 kali ganda. Pelaburan modal ini adalah strategi yang bijak dalam meningkatkan produktiviti Ramly. Keyakinan dan kesungguhan Ramly telah memberi kejayaan yang baik kerana beliau telah berjaya mengeluarkan 300 keping daging burger sehari kepada 30 tan daging burger sehari. Hasil jualan beliau terus meningkat sebanyak 42 juta ringgit setahun.

Manakala pada taun 2015, Ramly Burger menempa sejarah pada majlis menandatangani perjanjian pembiayaan antara Ramly Industries dengn Agro Bank dan Bank Pembangunan Malaysia Berhad di Kuala Lumpur. Ramly Burger akan melaburkan sebanyak 1 billion ringgit bagi membina kilang yang dilengkapi mesin automatic sepenuhnya di taman Perindustrian Halal Hab, Pulau Indah Klang Selangor (Farhana, 2015).



Contoh 2 : Bertindak secara proaktif dalam mencipta produk

Dalam meningkatkan mutu penghasilan produk Ramly, beliau telah menubuhkan Makmal Mikrobiologi yang bertujuan untuk mengawal kualiti produk. Tujuan penubuhan makmal ini adalah untuk memastikan produk yang dihasilkan adalah suci dan selamat untuk dimakan. Selain itu, makmal ini berfungsi sebagai satu tempat penyelidikan dan pembangunan produk. Makmal Mikrobiologi Ramly juga lengkap dengan peralatan yang berteknologi tinggi.

Kajian penyelidikan dan pembangunan produk dijalankan oleh Ramly adalah bertujuan untuk menjamin mutu kesegaran, kelazatan dan kualiti produknya. Cara pembungkusan yang menarik juga dikaji dalam memastikan produk kelihatan menarik dan boleh dinikmati. Pengimplementasi kepakaran teknologi oleh Ramly adalah untuk memastikan pengeluaran daging dan hasil laut dapat memenuhi citarasa pengguna dan pengemar Ramly (Farhana, 2015).



Contoh 3 : Bertindak secara proaktif dalam pemasaran produk

Sikap proaktif yang ditonjolkan oleh Dato’ Haji Ramly telah membuahkan hasil kerana lebih 120 orang pemborong berdaftar telah mendaftar sebagai anak syarikat bagi mengedarkan produk-produk Ramly. Kesemua pemborong berdaftar ini dibawah pemasaran Ramly Mokni Sendirian Berhad. Syarikat pemasaran ini beribu pejabat di Desa Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur. Penubuhan syarikat ini bertujuan untuk menawarkan perkhidmatan jualan kepada pelanggan. Strategi yang dirancang ini juga untuk memastikan pengedaran dan penghantaran produk terjamin mutu kualiti dan kesegarannya (Siti Airunnisa, 2015).


            Sebuah anak syarikat Ramly ditubuhkan dalam memastikan produknya mudah didapati dipasaran telah ditubuhkan di Lorong Raja Bot di Kuala Lumpur. Anak syarikat ini dikenali sebagai Ramly Supermarket Sendirian Berhad yang beroperasi selama 24 jam. Pembukaan anak syarikat ini bagi memastikan khidmat borong dan runcit boleh dilaksanankan diantara Ramly dengan penjaja dan orang awam.

1 comment:

  1. PERKHIDMATAN PEMBIAYAAN LE-MERIDIAN. syarikat pinjaman yang memberi saya pinjaman sebanyak 5,000,000.00 USD Apabila pelabur-pelabur lain yang lain telah mengabaikan tawaran saya tetapi Le_Meridian Funding Service memberi saya pinjaman yang memuaskan. langsung ke pembiayaan pinjaman dan projek dari segi pelaburan. mereka menyediakan penyelesaian pembiayaan kepada syarikat dan individu yang mencari akses kepada dana pasaran modal, mereka dapat membantu anda membiayai projek anda atau mengembangkan perniagaan anda. Hubungi E-mel :::: lfdsloans@lemeridianfds.com Juga lfdsloans@outlook.com atau Tulis pada Whatsapp Nombor pada 1- (989-394-3740) Berpikir Baik,

    ReplyDelete